Friday, August 21, 2015

Throwback Semester Tiga

Assalamualaikum :D

Hai semua. Sihat ? kalau ampa jawab pun bukan aku dengaq hehe. Harap semua sihat lah yeaa. Hm hm kali ni nak sambung cerita pasal semester seterusnya plak. Hashtag throwback semester tiga. *bunyi drum sikit* Ok, macam biasa laa, masa aku banyak habis buat asgmnt, berprogram tidoq makan tidoq makan ja kalau balik upsi haha. Jadi benda yang aku nak cerita ni pun lebih kurang sama ja macam semester semester lepas. Cuma aktiviti lain laa ye dok ? :p

Awal semester dah ada program. Hari Interaksi. Buat benda ni nak bagi mengeratkan silaturrahim gituuu. Boleh kenai senior junior. Boleh laa abang abang senior yang single mencuba nasib ehhhhh. Hahaha. Seronok buat benda ni sebab kita just main main macam budak umoq 5 tahun. Game simple simple. Tak payah bersusah payah perah otak cari maklumat kat internet / bermalam di library semata-mata nak dapat nob satu masa main game tu. Tapi keluaq peluh sikit laa. Warming up sebelum ampa nak kena naik turun p kelas buat asgmnt sana sini. Awal sem kannn, chill chill dulu.

Bergambaq dengan hadiah sebab tau jarang nak menang. 
Paling hebat pun nob 2 ja. Kahkahkahkah.

Program seterusnya. Jeng jeng jeng, Green Campus. Satu upsi kami cuci cuci.
Sampai sanggup masuk longkang. Nampak kesungguhan tu. Tahniah tahniah haha.

Benda paling best masa sem tiga time buat fieldwork. Uittt p Cameron Highland !! 
Last aku  p tahun bila taktau. Jauh sangat nak rabat naik sana. Kira ni peluang nak 
merasa sejuk alaa alaa ada kat Korea. Ke Korea ke kita ? TAK. Cameron ja mampu :'(

P sana nak cerap suhu dengan soal selidik orang kt sana + tourist. Berbelit lidah dengan 
otak nak pikiaq cmna nak tanya omputeh beribu ribu soalan soal selidik. *over* Biasa laa 
muet band cukup cukup makan ja. Hiiiiiuu. Tapi pengalaman cmni bila lagi nak rasa kan :)

 Dok tepi jalan sambil cerap suhu. Berhitam hitaman kami masa kat Ipoh sebab terik.
Tapi putih balik lepas sampai Cameron Highland. Boleh ka cmtu ? Hahahahahaha.

 Last fieldwork yang kena p jalan-jalan aku buat masa sem ni, p Ulu Bernam. Buat soal 
selidik lagi. Banyak sungguh soal selidik kami (lebih pada satu kira banyak laa) hahaha. 
Aku rasa aku pro dah area Ulu Bernam ni. Yewww laa dua kali kena p kan ahak ahak uhuk

Yeah dah habis !! Banyak cerita pasai aktivti ilmiah ja kan haha. Takkn nak cerita apa aku makan setiap hari kat upsi, strategi aku guna masa nak berebut naik bas kiffah, berapa langkah aku jalan masa nak p kelas. Tak kan kot nak cerita benda-benda tu. Nanti jadi panjang sampai ke laut plak. 

Sampai di sini saja lah ye. Sorry laa sapa-sapa yang tanya bila nak update blog ? bila nak update blog tu. Aku ingat tkda orang sudi nak baca dah blog ni. Huhu ayat pasrah. Aku jadi malas nak update sebab dah tkda geng yang rajin update blog macam zaman-zaman sekolah dulu. Dulu rancak bukan main haha. Laa suram ja. Pakat-pakat guna intagram ja. Hurm hurm.Terima kasih sebab mau baca ayat merapu ni :D
Sometimes you miss the memories, not the person 

No comments: