Monday, June 15, 2015

Throwback Semester Dua

Assalamualaikum :)

Bertemu lagi kita ehekk. Cerita semester satu dah lepas. So nak cerita sikit kisah-kisah sepanjang semester dua pulokk. Cerita ni pun just nak share and senang nak imbas kenangan lepas lepas kalau nanti dah habis belajaq. Hurm jauh pikiaq. Hahaha. Nak taip entry ni pun jenuh nak flashback balik sebab dah semester 4 pun laa ni haha. Mana yang kita ingat kita cerita lah yee. Bismillah..

Program biasa setiap sem kami biasalah 'bersih pantai' haha. Rasa macam tiap sem buat bersih pantai. Kadang-kadang sampai dua kali buat dalam satu sem. Sem 4 ni ja tkda dah. Bila tkda ni rasa rindu nak p bersih pantai. Mai habaq pantai mana tak bersih. Boleh p bersihkan haha. Sem 2 ni pun buat lagi bersih pantai. Kali ni boh nama Program Bersih Pantai 2.0 sebab dua kali dah buat. Ya ka ? haha. 

Beg plastik hitam watak utama. Tanpa dia siapalah kami.
Yeahhh jom bersih pantai !!!!

Aktiviti biasa lepas penat bersih pantai. Mandi manda ! yeahh.
Nak eratkan ikatan silaturahimmmm katanya.

Lepas tu bergambaq laa pulok yee. Kalau anda-anda p Pantai Kelanang ni usha laa 
papan tanda kami yang kaler hijau tu (try zoom sikit) hahaha. Bukti  kami pernah 
sampai sini. Kes tu ada cangkoi -.-" Baru lepas pacakan papan tanda tu sebenaqnya.


Muka penat lepas ragaih naik Bukti Jugra. Haha. Syok pemandangan dari  ataih 
ni. Penat penat tu rasa lega tengok pemandangan cantik. Tapi pikiaq nak turun
 plak lepas tu fuhhh. Peranan break kaki sangat penting kalau takmau tergolek.

Ni satu lagi kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Fieldwork Bkt Fraser

Masa ni nak kena kaji kecerunan laa apa lahh. P dua kumpulan sebab satu jalan
untuk p lokasi kajian. Perjalanan p alhamdulillah sampai dengan selamat......

Nak jadi cerita masa ondwy balik dua tayar kereta ni pecah and aku yang drive.
Cuak gilaa rasa. Nasib boleh kawal lagi waktu tu. Kalau ingat balik hurm. Seram.

Letih sampai-sampai Khar. Alhamdulillah selamat sampai jugak atas pertolongan 
semua kawan-kawan ni and pak cik polis yang ttba lalu situ. Terima kasih :)
Gambaq kaboq. Myb sebab tak habis lagi ketaq lepas kes tadi hahaha.

Fieldwork last semester 2. Langkawi here I come :D

Second group yang p. Tak ramai pun tapi banyak kenangan yee dok ? Haha


Hero lagi sikit. Sodihhh

Sebab driver kami yang bawak van waktu ni dengan skill yang sangat dasyat. Alaa alaa dok 
kat Litar Sepang maka terciptalah Geng Gosok Dada haha. Harap bertenang semua yaa haha.

Benda ni serious tak boleh lupa weyhh. Kena tidoq kat jeti tunggu boat sampai. Kami sampai 
awai sangat sangat sangat kat jeti atas sebab-sebab hurm hurm. Berasa jadi gelandangan sat
 time tu haha. Orang pun tengok kami plek jaa ahaa. Tidoq bangun tidoq bangu ja waktu ni.

Yeahhh. Dah habis fieldwork. Langkawi serious best. Macam nak p lagi ehh.

Last program semester 2. Dinner Pergeo. Ok byee :)

Tu ja nak cerita untuk semester dua ni. Takda benda sangat pun kan kan. Dulu rajin sangat update blog kalau ada aktiviti kat sekolah. Balik rumah terus mengadap laptop. Ye laa takot lupa apa nak cerita haha. Tapi laa ni tunggu berbulan-bulan and mai mood nak updte baru buka laptop..keletak keletukk taip cerita. Tu pun jenuh nak flashback. Haha. Jadi laa entry ni yee. Nanti ada masa n MOOD kita update lagi. Bye :D
Expecto Patronum

No comments: