Wednesday, January 14, 2015

Bermula Semester Satu

Assalamualaikum :)

Uit uit dah start cuti sem baq ang. Haha. Gembiranya rasa lepas penat struggle sepanjang semester 3 ni. Dah semester tiga dah sebenornya. Tapi entry ni just nak trowback cita semester 1. Banyak kali dah nak update cerita semester 1 ni tapi tak terupdate update sampai sudah. Bila malas + malas + malas + malas bergabung memang dak laa aku nak update. Okay, di sini aku na habaq mai kat pembaca blog kotakcckot ni yang aku dah bergelar mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris selama setahun setengah dah. Alhamdulillah. Selama tu laa aku dok kat bumi Tanjong Malim ni. Pekan kecik ja, lebih kurang Jitra. Tapi tak nafi Jitra maju sikit dari Tanjong Malim. Hehehe. Kisah bermula 1 September 2013. Bismillah :D

Gambaq masa minggu orientasi tuuuu. Fuhhhh !!!! Ok, gadis yang muka ala2 Cina muslim ni, Ain Amira Ismail namanya. Budak sejarah. Orang first yang aku kenal dalam dewan KHAR masa nak daftar masuk kolej. Kami kena duduk satu bilik sebab dua-dua dari fakulti yang sama. Orang Melaka yewww. Masa tu teruja bila tau dia orang Melaka sebab aku suka sangat negeri Melaka. Hehe. Kalau ingat balik cara kami berkenalan awal2 dulu serious macam nak tampaq diri sendiri hahaha. Sampai sekarang still duduk satu bilik dengan dia. Banyak tolong aku masa awal2 dulu sampai sekarang. Terima kasih cikgu Ain sepet. Hehe.

Lepas mula kelas baru laa kenal geng-geng Geografi. Yee kiteww ambik kos geografi. Seronok ambik kos ni sebab dapat jalan-jalan hehe. Tapi bukan jalan-jalan makan angin ja. Kami kena buat fieldwork. Sambil buat keja itu ini sambil makan angin gak laa haha. First fieldwork kami ! kena p Taping dengan Ipoh. Kena kaji batu kot masa ni. Tak ingat dah hahaha. *lihat laa muka-muka sem 1 kami hahaha* 

Best sebenaqnya buat fieldwork ni walaupun penat nak mencatat tu ni dgn nak ambik gambaq lagi. Tp time2 ni laa nak kenal kawan-kawan baru. Fieldwork cmni kami kena kumpul maklumat untuk asgmnt. Kira balik tu kena ada asgmnt laa nk kena hantaq.

Lepas penat berfieldwork, lect ajak makan mee udang area Kuala Sepetang. Ajak ja 
bayaq sendiri sendiri haha. Tapi satu lagi benda best ambik kos ni bila ada program 
under PERGEO. Yeahhhhhhh.

Program Bersih Pantai. Memang selalu buat. Hahaha. Tengok siap dengan cangkoi bagai. Haha. Waktu cmni boleh release tension sebenaqnya. Ni first bersih pantai yang kami join. Kat Teluk Batik dengan Pangkor. Best arrrrr boleh main pantai. Dah ada baju bersih pantai tuu. Merah baq ang hahahaha.

Bila join program under PERGEO ni boleh p jalan-jalan. Tu yang best. Hehe. Sekali pakej ukir
 nama kat pasir pantai Teluk Batik. Errrr. *Cubaan buat lawak tahun 2015 yang ntah pa2* -____-

Dapat p tengok penyu weyhhhhhhh ! First time seumoq hidup aku tengok penyu hidup
 hidup cmni. Tengok muka teruja yang tak dapat digambaqkan disitu. Kahkahkah :D

Lepas penat bersih pantai. Pekara wajib dalam tentatif "rehatkan minda dari asgmnt" hahaha. Ni pun seumoq hidup aku p main bananaboat tu. Selama ni tengok dari jauh ja sebab mak tak bagi main. Hehe. Tapi serious lawak + malu waktu jatuh dari bananaboat tu. Terima kasih yang selamatkan aku waktu aku hampir lemas lepas nana tenggelamkan aku, aku tenggelamkan nana. Hahahaha. 

Bersih Pantai Pangkor :)

Kat Jitra tkda pemandangan pantai. Sebab tu teruja tengok pantai. Cantik sangat.

Dalam banyak-banyak program masa sem satu. Program ni paling buat aku stress
 huh. Bila aku terpaksa tangguh banyak kali. Terpaksa waktu tu. Tapi last-last
 berjaya jugak join. Ada markah kot :(

Diterima bekerja kat kedai makan haha. Buat ayaq tuu. Hehehe.

Sekali dengan E and Ruben. Lepas kerja dapat makan free bakso. Orang tu suruh 
buat sendiri kalau nak makan. Agak-agak banyak mana kami bedal waktu tu ? Hahaha.

Satu lagi benda best masa sem satu. Meredah hutan belantara dengan dua gadis Kedah 
ni hehe. Masa ni musim buah, adik abang ady ajak masuk dusun. Syok wey ! naik hilux 
pusing2 dusun kutip buah. Lps tu p ayaq terjun lima minit semata-mata nk bgambaq haha. 

P pekan yeahhh! Teman Basyi p pekan beli nset baru lepas nset dia jatuh dari tingkat empat 
KHAR. Hahaha. Nak p pekan ni boleh ja jalan kaki tapi berpeluh gak laa bila sampai tu ahah.

Selesai sudah semester satu kat UPSI. Alhamdulillah. Seronok. Banyak benda baru belajaq bila duduk jauh dari mak n abah ni. 20 tahun aku duduk Jitra. Bila mai sini mmg kena belajaq macam-macam. Cmna nak naik bas balik Jitra, nak kawal belanja, nak tu nak ni, suma kena sendiri. Awal-awal macam tak reti gak. Tapi bila terpaksa memang automatik reti sendri. Baru aku tau cmna hidup kat universiti sekarang. Sebelum ni memang tak faham pun haha. Ye laa kita bkn budak u sebelum ni huu. Ok, cerita semester dua akan menyusul. InshaAllah :)
Everyday is a new beginning. Take a deep breath and start again.

No comments: