Saturday, December 13, 2014

Sisikot Cckot

Assalamualaikum

Fuhhhhhhhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhhhh fuhhhhhh ! Serious bersawang sangat-sangat dah blog ni. Tikus pun boleh beranak pinak sebab tinggal lama tak berpenghuni. Tu tak kira entiti entiti lain lagi. Aku rasa kalau nak buka zoo pun boleh dah ni. Hahaha. Tiba-tiba terasa nak update. Tiba-tiba sangat kannn. Ahaa. Kalau nak ikutkan blog ni dah tak update setahun lebih. Mai laa nak update sikit sementara ada masa lapang.

Assignment yang menggunung sebelum ni pun dah siap. So banyak masa sementara nak tunggu balik Jitra kesayangan minggu depan. Entry ni just nak cerita pasal maksud nama 'sisikot' aka 'cckot'. Kebetulan ada yang tanya pasal ni. Tapi sebenarnya ramai ja yang tanya. Sesetengah kawan tu memang dah tau apa maksud nama ni. Kadang-kadang malas nak cerita sebab aku rasa macam kena explain panjang lebaq. Nak kena duduk bersila hidang ayaq kuih dua tiga puluh ketoi dulu baru syok nak cerita. Haha. Sebab tu aku nak update sikit pasal nama sisikot ni. Lepas ni kalau ada yang tanya, nak suruh buka blog ni ja lah ye :)



Sisikot ni dah wujud dari aku form 3 lagi. Dah dekat 7 tahun nama sisikot ni lekat dekat aku. Ada sesetengah kawan-kawan memang panggil nama ni bila sembang. Rasa comey gak kadang-kadang. Muahaha. Tapi nama ni tkda maksud apa pun. InshaAllah. Risau gak kot kot nama ni bawa maksud tak elok. Ehe. Sebenarnya nama ni tak sengaja ja terlintas. Asalnya kawan aku, Shidah yang sebut secara tak sengaja. Masa form 3 dah dekat dekat nak exam PMR. Kami ni student "cemerlang" biasa lah buat latihan last minute haha. Nak di jadikan cerita, aku ada tanya Shidah satu soalan KH pasal apa kebenda pahat sisi. Lepas tu dia jawab sisi kot. Telinga ni terlebih kreatif dengaq macam satu perkataan sisikot. Balik rumah terus tukaq nama myspace (zaman myspace cek oiiiii) jadi sisikot. Hebat tak ? Hahahaha. 

Biasa lah zaman myspace mana ada sangat nak letak nama betul. Semua letak nama samaran ala ala comey gangster apa suma. Aku pun nak jugak. Haha. Aku sebenarnya tak lupa daratan. Ingat lagi myspace walaupun facebook ada sekarang. Haha. Sebab tu sampai sekarang nama sisikot tu aku guna. Sebenarnya sisikot dengan cckot tu benda yang sama ja. Ejaan ja lain. Sebutan dia sama kan kan kan. Blog ni pun aku guna nama sisikot sebab bagi nama rare sikit. Okay, tu ja sebenaqnya. Hahahaha. Sory la bagi reader yang dari negeri lain. Blog ni memang keluaq bahasa kedah ja. Tak paham p google. Haha. Bagi yang rindu nak tengok muka tuan tanah blog, i letak laa secebis gambaq i untuk lepaskan rindu. Ada ka orang nak rindu ? Hahaha. Ayat sedih* Kalau tuan tanah blog ni "rajin" ada lah cerita baru yee haha. 

Thanks for reading :)

No comments: