Sunday, June 16, 2013

Perjalanan Umrah : Ondaway

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia. whuuu. bunyi macam sedia dok luaq negara. haha. actually aku satu family baru ja balik dari buat umrah. alhamdulillah sangat-sangat lepas banyak sangat cabaran sebelum betoi betoi dapat p. ni nak kongsi sikit cerita noh. mohon baca ! hihi :D

Kami sekeluarga ikotkan boleh p 22 Mei and balik 3 Jun lagi. tapi lagi berapa jam nak p abah dapat call kata terpaksa ditangguhkan sebab visa tak lepas. suma borang ikotkan dah lama abah hantaq. masa tu Allah ja tau macam mana perasaan kami. suma dah ready tapi tak boleh p. doa ja mampu time tu. selang berapa hari dapat tarikh baru 31 Mei. so tunggu and sabaq. hurm.

Syukur sangat bila dapat call kata visa dah lepas. dalam seminggu mcm tu gak baru dpt tau. maknanya boleh p lah. tuptup dapat tau visa mak tak lepas. MAK SORANG. neahhh siap bold berkaler lagi. haha. sorang tak p macam mana yg lain nak p. haih. celaru habih waktu tu sampai p terus kat office depa. elok sampai ada fax baru masuk bgtau nama yg baru lepas visa. ada nama mak. fuhh lega balik :D

Waktu dapat tau visa mak dah lepas tu dalam pkoi 630 ptg macam tu. pkoi 9 malam kami dah
 kena gerak p Masjid Zahir tunggu bas nak p Johor. nasib baju suma dah siap. kalut kalut kalut.

Tapi waktu tu macam "realiti atau fantasi" g. tunggu punya lama. tak nampak gaya macam nak p pun.
bas ada satu, jemaah ramai. tapi penat tunggu mai gak sbjik g bas. alhamdulillah, kami gerak pkoi 12

Yeah dah sampai Johor. akhirnya jejak gak kaki kat Johor. haha. kami berhenti sebab 
kena tunggu bas lain nak bawak p Singapore. woahhh p Singapore plak baq anggg :O

Sementara tunggu bas tu, banyak g masa. so mandi makan pa dulu lah. nasi ayam kat 
sini sedap plak. tapi hujung dunia jauh sangat. huh

Sebelum gerak dengaq briefing dari abg Saiful sikit. abang ni leader kami spnjang kat sana. 
retisssss kot dia ni. ala-ala eric suprise tuhh ! haha. waktu ni satu lagi dugaan mai bila ada
 jemaah yang takda visa tapi dah ikot jemaah lain sampai ke Johor. kesian kot. hurmm

Sekali lagi cabaran kami kena hadap waktu tu. Singapore jem sangat-sangat sebab hujan.
ikotkan kena ada kat airport 3jam sebelum fly. tapi kami sampai 30minit sebelum fly. 
kalutnya tak hengat waktu tu. tapi suma pakat tolong-tolong. fewww.

Alhamdulillah selamat sampai. tapi belum sampai negara arab g. kena transit p 
Colombo dulu. mohh jumpa hero hindustan dulu baru p jumpa hero Arab. haha. mai
lagi satu dugaan masa ni. ada jemaah hilang pasport. tuu, tkkn depa nak kena stay situ ? 

Finally jumpa gak pasport jemaah tu. balik hotel rehat-rehat dulu. tidoq semalam kot kat 
sana. hewhew. nampak negara luaq. perasaan aku hemm bersyukur dok Malaysia :3

Paling dasyat bas depa. old school sangat-sangat. mana nak jumpa dah bas lagu tu kat sini.
drebar depa pun hebat nak mampoih bawak bas. laju + menyelit tapi tak accident pun. hahaha

Sekali lagi briefing dari abang seipol kita. hewww

Dapat merasa bihun Colombo. serupo spaghetti joww. hahaha

Pagi tu gerak p airport nak p Jeddah. kali ni sampai awai. tak kalut macam hari tu.
haha. mau tak sampai cepat, drebar depa dasyat. hahaha

Shiuuuuuuu udah sampai Jeddah. witwitt dah nampak pak arab. haha

Syukurnya bila dah pijak bumi arab lepaih dok rasa macam fantasi ja nak sampai situ.

Ambik bas nak p Madinah plak. perjalanan macam Kedah p KL lagu tu la lebih kurang.
berhenti kat rnr depa. pekena nasi arab. fuhh. sedap ! ayam dia susah nak dapat kt sini.
kalau mengidam aku taktau laa cmna. jenuh aku sbb tak sama yang da kt sini. hurmmm.

Sampai hotel kat Madinah. suma pakat letih waktu ni. dah laa sebelum gerak mai Madinah 
pak arab ni berebut nk bawak kami sampai nk suruh kami turun tukaq bas dia. beg apa 
suma dah letak. hayooo. tapi tkpa, kami suma selamat sampai Madinah al munawarah :)

Alhamdulillah. rasa lega bila dah sampai. memang tak ramai kawan-kawan yang tau kami satu family nak p buat umrah ni. mintak maap noh ampa noh. hihi. tapi yg tau plak kebanyakan tau kami terpaksa cancel. tapi alhamdulillah, Allah buka jalan and izinkan kami jejak kaki kat bumi yang mulia tu. kalut sangat waktu nak p, kes tu dua orang kawan ja yang aku bgtau psai hal ni. haha. tu pun masa dah sampai Johor. bila dah terpksa cancel hari tu, susah dah nak bgtau orang bila benda tak confirm kan. Allah swt ja tau perasaan bila benda baik kita nk buat terpasa dibatalkan saat akhir. 

Wokeyh, ni baru part1. haha. terpaksa buat part berpart. stg panjang sgt entry tak shiok nak baca. yew dok ? tunggu naaa ampa naa. nanti itew bagi kurma. hihihi 
I'm strong because Allah is always with me

4 comments:

Nurul tiffany said...
This comment has been removed by the author.
Nurul tiffany said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Yeay update gak akhirnya.haha..lama aku tnggu entry ni..best la hg bleh p sana.

ZarifahA said...

Anon : Huuuu. Alhamdulillah cik anon. Hihi