Friday, June 28, 2013

Perjalanan Umrah : Mekah

Assalamualaikum :)

Dah dua entry siap pasai Perjalanan Umrah kami. sekarang nak cerita kenangan kat Kota Mekah plak. hehe. kami p Mekah tak salah aku waktu petang. naik bas dari Madinah sampai Mekah. jauh gak laa sebab sampai sampai ja dah malam. aku siap lentok dalam bas berapa kali. haha. sebelum sampai Mekah mesti lah kena p niat umrah dulu kan. suma dah pakai ihram. tkkn tak p niat. hoho. kami berhenti kat Bir Ali. ni miqat kami yang mai dari Madinah. selesai niat baru p Mekah. 

Alhamdulillah. nampak ni maknanya dah sampai Mekah Al-Mukarramah
menara jam ni tinggi. so, mmg nampak menara ni laa bila sampai Mekah.

Sampai hotel macam-macam benda jadi. penat waktu tu Allah swt ja yg tau. 
hotel yang sepatutnya kami dok dah nak kena roboh. sebab tu kena ubah dok 
hotel lain yang 'agak' jauh dari masjid. (aku tktau apa motif aku letak gmbaq ni)

Alhamdulillah. Subhanallah :') 

Hotel tu ampa nak tau hampir 1km dari masjid. fuhhh. jalan kaki 
baq ang. ku gagahkan jua kaki ni nak p masjid. (Bukit Safa : sa'ie)

Memang penat berjalan nak p masjid tu. tapi semangat kena kuat gak.
tambah g bila tengok pak cik n mak cik yang tua boleh ja jalan kaki p.
(Dataran depan Ka'bah)

Bila dah boleh senyum tara ni kira okay lah noh. haha :D

Alhamdulillah dpt buat umrah kat sana beberapa kali. hihi. walaupun ramai org masa 
tawaf. mai kat sa'ie tak seramai kat depan ka'bah sebab kita boleh pilih nak buat kat 
tingkat atas/bawah. (kaki kakak di Bukit Marwah)

Aku ingat nak buat sa'ie ni dekat ja jarak dia. agak jauh laa jugak. dalam 420meter
kali 7. fuhhhhh. kuatnya Siti Hajar jalan masa cari ayaq kat Nabi Ismail a.s. dengan 
panas padang pasir. kita ni buat sa'ie ada bumbung siap ngan aircond. alhamdulillah.

Kat sana aku sempat merasa sembahyang Jumaat (tu sbb update blog hari Jumaat) 
hehe. subhanallah, dengungan 'amin' cukup kuat aku rasa waktu tu. hebatnya Islam 
kalau bergabung. and waktu tu aku dapat dengaq sora imam yg aku nak dengaq sgt.

Aku sempat merasa sembahyang berimamkan Imam Abdul Rahman Al-Sudais. imam 
ni lahh aku nak dengaq sora dia sangat tuu. dia baca sedap and lain dari imam lain. 
ada trademark tersendiri. hihi. dapat dengaq live. syukur alhamdulillah :')

Best depa dapat bergambaq kat atas macam ni. huuuu

Orang perempuan depa tak bagi masuk. cedih itew. sobs sobs.

Yukk balik hotel yukk. (dlm kepala : 1km~ 1km~ 1km~) kat sana tk jerebu noh 
tp debu bnyk sbb banyak bangunan dah kena roboh. so, fesyen ni lah perlu kita 
keluarkan. jyeahhh. haha. (gambaq aku ja terfocus kenapa hat len blur ? huhu)

Nak dijadikan cerita. masa nak buat umrah yang first tu. kami kumpoi kasut dalam
satu beg. konon senang nak cari lepas habih buat umrah. alih-alih masa nak balik 
satu beg hilang nokkkk ! balik kaki ayam singgah kedai beli selipar. haha.

Okay dah habih cerita psai umrah. mari kita pergi ziarah kat Kota Mekah :D

First tempat kami p, Jabal Nur. tapi gambaq tak elok, so tkmau letak. hahaha.
gambaq ni kt Jabal Rahmah. cara-cara nk naik atas tu haruslah berpaut antara 
satu sama lain. kakak pegang min, aku pegang kakak. jadi lahh train. haha :p

Jabal Rahmah ni tempat pertemuan Nabi Adam a.s dengan Hawa setelah diturunkan 
oleh Allah swt ke bumi dalam jangka masa 40 tahun. woahhh. orang cakap kat sini 
doa banyak-banyak psai jodoh.

Oleh sbb ramai yg request doa pasai jodoh. aku sanggup redah naik sampai atas. haha

Tapi doa kat mana-mana pun tkpa. Allah maha mendengar. 

Tapi bkn selalu boleh p. so, ambik kesempatan ni naik smpai atas. tkpa ada tangga. hee

"Siapakah adam ku ?" 
Okay, caption yang paling dasyat. hahaha

Okay ziarah seterusnya kita pergi ke Masjid Hudaibiyah. pernah dengaq pasai
perjanjian Hudaibiyah kan ? haaa, kat sini lah tempat perjanjian tu terlaksana.

Kat sini boleh niat ihram. yang laki-lakinya bisa tukar pakai ihram ya
 pak ya. ehem, itew sukew bajuw abang seipol hat nieww :3

Dah selesai urusan kat masjid. hat ni hat eksited ni, nak p ladang unta. yeahhh.

" pehal ? pehal ? "

Sepanjang perjalanan tu banyak sangat ladang unta. tapi yang ni jadi pilihan hati.
haha. tak tak, sebenaqnya memang dah tetap nak p yang mana pun. heee.

Angin kuat kat sana. terasa terbang terbang gitu uolls

Ni tempat tinggai orang yang jaga unta unta kat ladang tu dan itulah orangnya ! 
hahaha. just kidding. itu bro itew lah. 

Mutawif yang bawak kami cakap "yaa unta ini haiwan yang sabar yaa, jadi susunya
diminum bagi orang yang baran bagus yaa" hehe. tapi unta ni memang penyabar.

Tengok diew manjew ngan itew. kami takot-takot berani jaa. control control. haha. 
tapi serious comey. muka depa macam senyum ja. alaa tomey tomey :3

Dah habih pasai unta, kita main dengan burung merpati pulak. hehe

Balik masjid memang lalu jalan ni. sempat laa main dengan burung kat situ.
 banyak sangat. tambah g ada orang bagi makan. berkerumun dia mai.

Seriau gak bila depa terbang. takot berlanggaq. haha

Tapi takot tu sat jaa. haa, kejaq depa ! kejaq depa ! hahaha

 Gmbaq terbaik setakat ni. haha. mak dok elok renyeh, ada geng-geng 
arab ni kejaq burung-burung tu. dan inilah hasilnya. hekhekhek :D

Kakak siap beli makanan burung tu g bagi depa p dekat dia :p

Kami tak habih main g. hahaha

Banyak kenangan sepanjang kat Mekah. bila pikiaq-pikiaq balik, kami kena jalan kaki hampir 1km untuk p masjid lepas tu buat tawaf (tk boleh kira jarak dia) + sa'ie (420m x 7) pstu balik jalan kaki 1km plak. tambah g ada sekali tu hotel yang kami stay tkda letrik fuhhh. kena naik tangga kt tingkat 12. woahhhh. tak sangka. alhamdulillah Allah bagi kekuatan sepanjang kat sana walaupun aku selsema. *setakat nak pusing tasik apadehal* hahahahahaha. memang banyak kenangan kt sana. nak cerita suma sakit tangan laa menaip. so, lebih baik tanya tuan badan sendiri yew.

Agak berbeza suasana kat Mekah dgn Madinah. tp apa yg bestnya orang kat sana bila masuk waktu sembahyang suma kedai tutup. yang sembahyang depan kedai pun banyak. *tabik* satu lagi senang nak berurusan dengan depa sebab orang sana paham bahasa kita. setakat 'berapa' 'halal' haram' tu besa dah. jangan terkejut orang sana kenai Shila Amzah, Siti Nurhaliza, Anuar Zain, cekk oiii. hahaha. 

Alhamdulillah, kami buat tawaf wida' lepas solat zohor. tengah hari kot. cerah bijik mata time tawaf. haha. siap kemas barang suma, kami gerak p airport Jeddah. tp kami tunggu dekat 2jam dlm bas sbb ada sikit masalah. sampai aku sempat lena pstu bangun pstu lena balik, bas tak gerak gerak g. haha.

Selesai part3 punya cita. ada lg satu. haha. enrty entry ni hanya utk aku kongsi cerita dgn ampa ja. tkda niat lain. gmbaq bnyk sbb itew tkda instagram. huhu. lg pun kalau aku rindu t boleh belek blog sendiri tgk balik suma kenangan ni. aku mmg suka baca blog sendiri. kahkah. thanks for reading yaww :D

Terima kasih Allah swt menjadikan aku salah seorang tetamu-Mu :')
Allah tahu hati ini rindu. Allah akan sampaikan rindu itu. c/p

4 comments:

Anonymous said...

terasa dia klu ang kta kt dia...ppuan bleh msuk la kt ctu..rmai ppuan mek gmbr kt ctu..ats skli yg ppuan xleh nek haaaa

najie said...

pah... syok tengok gambaq2 hg kat mekah. teringin nak p. hehe. bila p weh?

ZarifahA said...

Mamat : Haha, silap silap. Taktau tingkat berapa hat tu :p

Najie : Awai bulan ritu. Kalut kalut tkdan habaq ampa. Hihi

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya minta izin save page akak utk rujukn umrah saya..sgt berguna..thx..nk nangis sbb x sabar nk menikmatiap yg akak dh rasa kt sana...