Friday, June 28, 2013

Perjalanan Umrah : Mekah

Assalamualaikum :)

Dah dua entry siap pasai Perjalanan Umrah kami. sekarang nak cerita kenangan kat Kota Mekah plak. hehe. kami p Mekah tak salah aku waktu petang. naik bas dari Madinah sampai Mekah. jauh gak laa sebab sampai sampai ja dah malam. aku siap lentok dalam bas berapa kali. haha. sebelum sampai Mekah mesti lah kena p niat umrah dulu kan. suma dah pakai ihram. tkkn tak p niat. hoho. kami berhenti kat Bir Ali. ni miqat kami yang mai dari Madinah. selesai niat baru p Mekah. 

Alhamdulillah. nampak ni maknanya dah sampai Mekah Al-Mukarramah
menara jam ni tinggi. so, mmg nampak menara ni laa bila sampai Mekah.

Sampai hotel macam-macam benda jadi. penat waktu tu Allah swt ja yg tau. 
hotel yang sepatutnya kami dok dah nak kena roboh. sebab tu kena ubah dok 
hotel lain yang 'agak' jauh dari masjid. (aku tktau apa motif aku letak gmbaq ni)

Alhamdulillah. Subhanallah :') 

Hotel tu ampa nak tau hampir 1km dari masjid. fuhhh. jalan kaki 
baq ang. ku gagahkan jua kaki ni nak p masjid. (Bukit Safa : sa'ie)

Memang penat berjalan nak p masjid tu. tapi semangat kena kuat gak.
tambah g bila tengok pak cik n mak cik yang tua boleh ja jalan kaki p.
(Dataran depan Ka'bah)

Bila dah boleh senyum tara ni kira okay lah noh. haha :D

Alhamdulillah dpt buat umrah kat sana beberapa kali. hihi. walaupun ramai org masa 
tawaf. mai kat sa'ie tak seramai kat depan ka'bah sebab kita boleh pilih nak buat kat 
tingkat atas/bawah. (kaki kakak di Bukit Marwah)

Aku ingat nak buat sa'ie ni dekat ja jarak dia. agak jauh laa jugak. dalam 420meter
kali 7. fuhhhhh. kuatnya Siti Hajar jalan masa cari ayaq kat Nabi Ismail a.s. dengan 
panas padang pasir. kita ni buat sa'ie ada bumbung siap ngan aircond. alhamdulillah.

Kat sana aku sempat merasa sembahyang Jumaat (tu sbb update blog hari Jumaat) 
hehe. subhanallah, dengungan 'amin' cukup kuat aku rasa waktu tu. hebatnya Islam 
kalau bergabung. and waktu tu aku dapat dengaq sora imam yg aku nak dengaq sgt.

Aku sempat merasa sembahyang berimamkan Imam Abdul Rahman Al-Sudais. imam 
ni lahh aku nak dengaq sora dia sangat tuu. dia baca sedap and lain dari imam lain. 
ada trademark tersendiri. hihi. dapat dengaq live. syukur alhamdulillah :')

Best depa dapat bergambaq kat atas macam ni. huuuu

Orang perempuan depa tak bagi masuk. cedih itew. sobs sobs.

Yukk balik hotel yukk. (dlm kepala : 1km~ 1km~ 1km~) kat sana tk jerebu noh 
tp debu bnyk sbb banyak bangunan dah kena roboh. so, fesyen ni lah perlu kita 
keluarkan. jyeahhh. haha. (gambaq aku ja terfocus kenapa hat len blur ? huhu)

Nak dijadikan cerita. masa nak buat umrah yang first tu. kami kumpoi kasut dalam
satu beg. konon senang nak cari lepas habih buat umrah. alih-alih masa nak balik 
satu beg hilang nokkkk ! balik kaki ayam singgah kedai beli selipar. haha.

Okay dah habih cerita psai umrah. mari kita pergi ziarah kat Kota Mekah :D

First tempat kami p, Jabal Nur. tapi gambaq tak elok, so tkmau letak. hahaha.
gambaq ni kt Jabal Rahmah. cara-cara nk naik atas tu haruslah berpaut antara 
satu sama lain. kakak pegang min, aku pegang kakak. jadi lahh train. haha :p

Jabal Rahmah ni tempat pertemuan Nabi Adam a.s dengan Hawa setelah diturunkan 
oleh Allah swt ke bumi dalam jangka masa 40 tahun. woahhh. orang cakap kat sini 
doa banyak-banyak psai jodoh.

Oleh sbb ramai yg request doa pasai jodoh. aku sanggup redah naik sampai atas. haha

Tapi doa kat mana-mana pun tkpa. Allah maha mendengar. 

Tapi bkn selalu boleh p. so, ambik kesempatan ni naik smpai atas. tkpa ada tangga. hee

"Siapakah adam ku ?" 
Okay, caption yang paling dasyat. hahaha

Okay ziarah seterusnya kita pergi ke Masjid Hudaibiyah. pernah dengaq pasai
perjanjian Hudaibiyah kan ? haaa, kat sini lah tempat perjanjian tu terlaksana.

Kat sini boleh niat ihram. yang laki-lakinya bisa tukar pakai ihram ya
 pak ya. ehem, itew sukew bajuw abang seipol hat nieww :3

Dah selesai urusan kat masjid. hat ni hat eksited ni, nak p ladang unta. yeahhh.

" pehal ? pehal ? "

Sepanjang perjalanan tu banyak sangat ladang unta. tapi yang ni jadi pilihan hati.
haha. tak tak, sebenaqnya memang dah tetap nak p yang mana pun. heee.

Angin kuat kat sana. terasa terbang terbang gitu uolls

Ni tempat tinggai orang yang jaga unta unta kat ladang tu dan itulah orangnya ! 
hahaha. just kidding. itu bro itew lah. 

Mutawif yang bawak kami cakap "yaa unta ini haiwan yang sabar yaa, jadi susunya
diminum bagi orang yang baran bagus yaa" hehe. tapi unta ni memang penyabar.

Tengok diew manjew ngan itew. kami takot-takot berani jaa. control control. haha. 
tapi serious comey. muka depa macam senyum ja. alaa tomey tomey :3

Dah habih pasai unta, kita main dengan burung merpati pulak. hehe

Balik masjid memang lalu jalan ni. sempat laa main dengan burung kat situ.
 banyak sangat. tambah g ada orang bagi makan. berkerumun dia mai.

Seriau gak bila depa terbang. takot berlanggaq. haha

Tapi takot tu sat jaa. haa, kejaq depa ! kejaq depa ! hahaha

 Gmbaq terbaik setakat ni. haha. mak dok elok renyeh, ada geng-geng 
arab ni kejaq burung-burung tu. dan inilah hasilnya. hekhekhek :D

Kakak siap beli makanan burung tu g bagi depa p dekat dia :p

Kami tak habih main g. hahaha

Banyak kenangan sepanjang kat Mekah. bila pikiaq-pikiaq balik, kami kena jalan kaki hampir 1km untuk p masjid lepas tu buat tawaf (tk boleh kira jarak dia) + sa'ie (420m x 7) pstu balik jalan kaki 1km plak. tambah g ada sekali tu hotel yang kami stay tkda letrik fuhhh. kena naik tangga kt tingkat 12. woahhhh. tak sangka. alhamdulillah Allah bagi kekuatan sepanjang kat sana walaupun aku selsema. *setakat nak pusing tasik apadehal* hahahahahaha. memang banyak kenangan kt sana. nak cerita suma sakit tangan laa menaip. so, lebih baik tanya tuan badan sendiri yew.

Agak berbeza suasana kat Mekah dgn Madinah. tp apa yg bestnya orang kat sana bila masuk waktu sembahyang suma kedai tutup. yang sembahyang depan kedai pun banyak. *tabik* satu lagi senang nak berurusan dengan depa sebab orang sana paham bahasa kita. setakat 'berapa' 'halal' haram' tu besa dah. jangan terkejut orang sana kenai Shila Amzah, Siti Nurhaliza, Anuar Zain, cekk oiii. hahaha. 

Alhamdulillah, kami buat tawaf wida' lepas solat zohor. tengah hari kot. cerah bijik mata time tawaf. haha. siap kemas barang suma, kami gerak p airport Jeddah. tp kami tunggu dekat 2jam dlm bas sbb ada sikit masalah. sampai aku sempat lena pstu bangun pstu lena balik, bas tak gerak gerak g. haha.

Selesai part3 punya cita. ada lg satu. haha. enrty entry ni hanya utk aku kongsi cerita dgn ampa ja. tkda niat lain. gmbaq bnyk sbb itew tkda instagram. huhu. lg pun kalau aku rindu t boleh belek blog sendiri tgk balik suma kenangan ni. aku mmg suka baca blog sendiri. kahkah. thanks for reading yaww :D

Terima kasih Allah swt menjadikan aku salah seorang tetamu-Mu :')
Allah tahu hati ini rindu. Allah akan sampaikan rindu itu. c/p

Wednesday, June 19, 2013

Perjalanan Umrah : Madinah

Assalamualaikum :)

Dododo, sambungan entry lepas hat ONDAWAY tuu. tekan laa link tu spa hat tak baca g noh. hehe. ok, cerita bersambung bila dah sampai Madinah. alhamdulillah. lepaih penat dok lena duduk ja, dapat gak lena ataih katil baring baring. sakit habih badan tidoq tak menentu nih. kami sampai hotel elok waktu subuh. memang confirm subuh sebab elok sampai terdengaq azan. first azan aku dengaq kat Madinah :)

Selesai bagi kunci dapat bilik suma, berehat-rehat laa. kami dapat bilik style apartment. 
kena share bilik ayaq ngan orang. tp tkpa sebab orang tu jemaah kami ja. hat lawaknya 
dulu dengaq kata dok hotel concorde. rupa-rupanya 'sebelah' hotel concorde. hahaha :D 
tkpa, janji dapat bilik. satu hotel dgn Tuan Guru Haron Din lagi. dapat jumpa dia. hihi.

Pagi tu dah selesai sembahyang, mandi pa suma. turun usha usha Kota Madinah. shopping dah
awai-awai. haha. bukan pa, memang kena beli baju sebab tak bawak banyak pun dari Malaysia.
agak terkejut ngan cara depa menega kat sana. tapi hat best depa paham bahasa kita. tkyh risau.

Lepaih tu p cari Masjid Nabawi. geng-geng laki dah tau kat mana, baru para wanita ni terkedek2
nak p. haha. depan masjid apa aku boleh cakap. subhanallah. rasa dekat sgt dengan Rasulullah :')

Habis sembahyang memang ni lah aktiviti kami. haha. mana taknya, jalan balik masjid 
memang penuh orang menega. serious meriah sepanjang jalan balik hotel tu. hotel yang 
kami dok tak jauh pun dari masjid. dgn da orang menega pa suma ni, lagi tak berasa jauh.

Aktiviti lain sepanjang jalan nak balik hotel. hahaha. click sana click sini. bukan kami ja na 
buat cmni. hahaha. nih nih aku pakai spek sebab panaih na. kat sana laa ni musim panaih. 
bkn nk belagak diva. coiii. tengok sejadah pun dah da ataih pala mak sbb panas sgt. hehe.

Tp bila dlm masjid rasa tenang ja. tak sepanas kat luaq. yalaa aircond. tp ketenangan
 tu yang penting. gambaq ni prasan waktu subuh, mengantuk ja muka aku ~.~ 
dalam masjid memang cmni ja gmbaq kami. malu orang tengok. kuikuikui.

Kami memang kena hapai jalan nak balik hotel dengan p masjid. mau dak, masjid ni besaq.
 mau mau sesat stg. haha. ni tanda yg kami kena ingat bagi senang. toilet laki nob9/gate17. 
hoho. kannnnn dan dan jadi ninja bila keluaq masjid. haha

Sampai gate tu memang benda ni lahh kami jumpa. pa g. tkkn tengok ja. hahaha

Satu lagi benda wajib buat bila p masjid selain sembahyang dgn baca al-quran.
ambik ayaq zam-zam. tengok ! berbotoi aku bawak. haha. tapi kat Madinah depa
 cek gak. setengah botoi ada depa tak bagi bawak masuk. (apa yang aku tengok lah)

Ayaq zam-zam free kot. kt sana tk payah risau kalau rasa haus. bila-bila 
jaaa boleh minum. ayaq paling hebat kat dunia plak tuu. depa bagi free. 
subhanallah. alhamdulillah

Kami stay kat Madinah dalam 4hari jugak. alhamdulillah aku dapat masuk Raudhah. antara
tempat yg termakbul doa. inshaAllah. kat sana orang laki boleh masuk Raudhah 24hours.
tapi perempuan ada waktu-waktu dia. agak susah sebab terlampau ramai nak masuk.

Ziarah : jalan-jalan pusing Madinah dengan suma jemaah. first tempat kami p. 
Masjid Quba. masjid pertama yang dibagunkan oleh Rasulullah saw.

Kalau ikotkan hari yang p ziarah ni kami kena terus p Mekah. tapi atas 
sebab-sebab tertentu. tertangguh lagi. next day baru boleh p Mekah. 
ehem, jemaah tak puaih dok Madinah g. mintak hari lebih. haha

The next place. jeng jeng ! hehe. p ladang kurma. whuuu. 

Kat sini bukan ladang ja ada. kedai jual kurma pun ada.
pa g, borong kurma laa bawak balik. haha.

Lepaih tu mari kita bergmbaq yaa. berlatar belakangkan ladang kurma nyum nyum. 
haha. kat sana pakai lagu ni tak sapa pun 'tengok pelik' hahahahaha.

Balik dari ladang kurma. p Bukit Uhud. selalu baca buku ja pasai perang uhud. alhamdulillah
dapat jejak kaki kat tempat yang Rasulullah pernah p untuk berperang demi agama Islam :')

Sepanjang ziarah ni kami dibawa oleh pelajar universiti kat Madinah. dia yang banyak cerita pasai
setiap tempat yang kami p.ikot apa yang diceritakan kt belakang tu ada makam Saidina Hamzah r.a
yang syahid bersama para syuhada' lain. tapi pelajar yg bawak tu bkn jejaka tafff diatas naa. haha

Tapi ada setengah tempat ziarah yang kami just lalu ja. tengok dari dalam bas. sebab
masa tak cukup. tapi tak pa laa. dapat tengok pun dah okay.

Aktiviti malam lepas balik sembahyang isya' haha. moh mohhh. sebelum gerak p Mekah 
esok. jalan-jalan kat Madinah lagi. ni ziarah sendiri. haha.

Duduk depan masjid sambil bergambaq. hehe. dah malam payung pun dah katup.
tapi masjid penuh lagi orang. tak pernah tkda orang aku prasan.

Hiuuu hiuuuu, cek tak lompat na. teknik camera sbenaownyaa. haha.

Okay, semua dah siap-siap nak p Mekah. geng kuning dah siap berangkat ya pak. hihi

Yaa, yang laki-laki pun dah siap pakai ihram. haha. 

Seriously rasa bersyukur sangat dapat duduk dekat dengan Rasulullah. walaupun aku tak dapat p depan-depan makam Rasulullah tapi alhamdulillah masa masuk Raudhah, kakak yg bawak kami masuk tu sempat tunjukkan kat aku mana makam baginda. tengah ramai orang memang susah kita nak tau mana satu makam baginda. tambah lagi aku first time p. disisi makam baginda ada makam Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq r.a dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. selalu nama-nama ni baca dalam buku ja. hihi. 

Banyak pengalaman + kenangan sepanjang kt Madinah yang takkan aku lupa sampai bila-bila. ketenangan bila dok masjid yg dekat dengan Rasulullah saw. perasaan dia, subhanallah. alhamdulillah :')

Tunggu entry akan datang kat Mekah plak. InshaAllah :)

Berharap ini bukan kali terakhir
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ